Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TLDM tahan bot nelayan Vietnam, 14 kru

    IPOH, 18 OKT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 14 kru yang menceroboh perairan negara di kedudukan 30 batu nautika utara Pulau Tioman, petang semalam. 

    Menurut TLDM dalam kenyataan, Kapal Diraja (KD) Pendekar mengesan enam bot nelayan Vietnam di kawasan terbabit semasa rondaan namun hanya berjaya menahan sebuah bot terhampir, manakala lima bot lagi berjaya melarikan diri.

    “Hasil pemeriksaan mendapati 14 orang awak-awak dan tekong warga Vietnam tidak mempunyai dokumen penangkapan ikan yang sah,” menurut kenyataan itu.

    Pemeriksaan lanjut menemukan lapan peti simpanan berisi hasil laut dianggar bernilai RM1.5 juta. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda