Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Sebagai salah satu aktiviti kokurikulum sekolah sekaligus meningkatkan pengetahuan golongan murid mengenai negara-negara di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tinkerbell Learning School (TLS) telah mengadakan Sambutan Hari PBB, baru-baru ini.
Sambutan berkenaan telah disertai oleh murid-murid dari peringkat pra sehingga Tahun 6.
Turut sama-sama menyertai kemeriahan sambutan berkenaan ialah para guru dan kakitangan sekolah tersebut.
Acara kemuncak adalah persembahan kebudayaan, di mana murid-murid Tahun 6 mempersembahkan tarian dan nyanyian bagi lagu-lagu mewakili negara yang berbeza dari beberapa negara yg termasuk di bawah PBB.