Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TLT Enterprise taja atlet MMA

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Dua orang atlet mixed martial arts (MMA) bakal bertarung mewakili negara ke pertandingan One Warrior Series yang akan berlangsung di Singapura pada 6 Ogos ini.

    Awang Mohd Adib bin Pehin Haji Sulaiman dan Awang Mohd Norhidayat Abdul merupakan dua jaguh negara yang sebelum ini pernah bersaing di peringkat negara dan antarabangsa serta pernah memenangi beberapa pertarungan di dalam dan luar negara.

    Sehubungan dengan itu, majlis penandatanganan perjanjian tajaan bagi Awang Mohd Adib ke pertandingan One Warrior di Singapura telah mendapat tajaan TLT Enterprise. Dalam ucapan rakan pengurusan TLT Enterprise, Jeremy Tan Kai Teck antara lain menjelaskan bahawa syarikat berkenaan begitu teruja untuk menaja perlawanan Awang Mohd Adib di Singapura dan melantik beliau menjadi duta produk jenama Suci selama setahun. “Ia merupakan salah satu tanggungjawab korporat sosial syarikat kami dalam menyokong bakat tempatan,” jelas Jeremy lagi.

    Menurutnya lagi, Adib merupakan salah seorang atlet yang bertarung dan memenangi beberapa perlawanan MMA di rantau ini dan sekarang menduduki ranking ke-72 daripada 210 orang pro flyweights yang aktif di Asia Tenggara.

    Majlis penandatanganan kontrak perjanjian tajaan telah disempurnakan oleh Jeremy Tan Kai Teck sendiri serta Awang Mohd Adib bersama Pengurus Brufight Sport, Awangku Muhd Fauzi Salihin bin Pengiran Salleh.

    Majlis penandatanganan kontrak tajaan antara Awang Mohd Adib dan TLT Enterprise.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda