Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

TNB, Indonesia meterai perjanjian import arang batu

-

MELAKA, 31 MEI – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani perjanjian import arang batu dengan pengeksport Indonesia yang melibatkan nilai berjumlah AS$3 bilion bagi tempoh tiga tahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perjanjian itu bertujuan menjamin bekalan arang batu yang mencukupi selain memastikan pembekalan tenaga oleh TNB tidak terjejas.

Menurutnya, nilai kontrak terbabit telah meningkat daripada AS$2.3 bilion pada tahun lepas berikutan kenaikan mendadak harga bahan berkenaan.

“Pada awal Januari tahun ini, kerajaan Indonesia telah mengumumkan untuk menghentikan sementara eksport arang batu bagi memenuhi permintaan domestiknya sedangkan kira-kira 65 peratus arang batu yang diperlukan TNB diimport dari sana.

“Namun, pada minggu lepas, saya dan pengurusan tertinggi TNB telah ke Indonesia untuk berjumpa dengan pengeksport arang batu. Kita berjaya menandatangani perjanjian selama tiga tahun itu kerana mempunyai hubungan baik dengan mereka,” katanya.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam (dua, kanan) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyempurnakan simbolik perasmian Menara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Ayer Keroh baru-baru ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua, kiri). – Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Menara TNB Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mengulas selanjutnya, Takiyuddin berkata selain Indonesia yang merupakan pengimport terbesar arang batu, TNB turut mendapatkan bekalan bahan itu dari Rusia dan Afrika Selatan.

Menurutnya, TNB yang sedang berusaha mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu, kini dalam proses peralihan secara berperingkat termasuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti sistem solar dan hidro selain meninjau penggunaan hidrogen. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -