KUALA LUMPUR, Mei 31 – Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memenangi anugerah ‘Projek Transformasi Digital Terbaik’ di Minggu Inovasi Utiliti Asia 2017 yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Minggu Inovasi Utiliti Asia itu merupakan ekspo persidangan yang menghimpunkan syarikat-syarikat utiliti di Asia.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat utiliti itu berkata pemilihan TNB adalah berdasarkan inisiatif transformasi digital yang menuju ke arah penjimatan kos, peningkatan keberkesanan dan kecekapan operasi perniagaan.
Ekspo tersebut merupakan platform untuk penggerak industri berkongsi perkembangan terkini mengenai landskap industri utiliti elektrik seperti teknologi baru tenaga pintar dan penyelesaian bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan operasi agar lebih mantap dan mapan. – Bernama