Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    TNI tunggu hasil siasatan kematian wartawan TV

    JAKARTA, 3 JULAI – Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang menunggu hasil siasatan polis berhubung kematian wartawan Tribrata TV, baru-baru ini.

    Ketua Pusat Penerangan TNI, Mejar Jeneral Nugraha Gumilar, berkata TNI tidak dapat mengesahkan penglibatan anggota tentera dalam kes itu tetapi menegaskan bahawa jika terlibat, mereka akan tertakluk kepada undang-undang tentera.

    “Kami sedang menunggu dapatan daripada agensi yang terlibat. Kami berharap satu penjelasan dapat dicapai tidak lama lagi,” katanya, seperti yang dipetik oleh agensi berita Indonesia, Antara hari ini.

    Menurut Antara, wartawan Tribrata TV, Rico Sempurna Pasaribu terbunuh dalam kebakaran di rumahnya di Kabanjahe, daerah Karo, Sumatera Utara pada 27 Jun.

    Kebakaran itu yang turut meragut nyawa isteri, anak dan cucunya, disyaki berkaitan dengan laporan beritanya mengenai rangkaian perjudian dalam talian.

    Majlis Akhbar kelmarin menggesa Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo supaya menubuhkan pasukan tidak berat sebelah untuk menyiasat kejadian itu. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...