MILAN, 31 DIS – AC Milan telah mencapai persetujuan bersama Barcelona untuk menandatangani pemain tengah pertahanan Perancis Jean-Clair Todibo, menurut laporan di Itali hari ini.
Pemain berumur 20 tahun tersebut akan menyertai kempen pasukan tersebut di Liga Itali secara pinjaman dengan pilihan pembelian berharga AS$22.4 juta, lapor akhbar Gazzetta Dello Sport.
Todibo menyertai Barcelona pada Januari 2019 dari kelab Perancis Toulouse, namun hanya bermain lima perlawanan bagi pasukan gergasi tersebut.
AC Milan berada di tangga ke-11 liga, hanya mempunyai kelebihan 11 mata di atas zon penyingkiran. Mereka juga mengumumkan tentang kepulangan Ibra dalam pasukan tersebut minggu lalu. – AFP