Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Togo perketat kawalan COVID-19 susulan kematian jemaah haji

    LOME, 30 JUN – Togo telah menjadi negara Afrika Barat kedua yang melaksanakan ujian saringan COVID-19 dan pemakaian pelitup muka untuk jemaah haji yang pulang dari ibadah haji di Mekah.

    Senegal menjadi negara pertama di rantau itu yang melaksanakan ujian secara sukarela itu, mengesyaki sejumlah daripada kira-kira 1,300 kematian – menurut pengiraan Saudi – disebabkan oleh penyakit sindrom pernafasan seperti COVID-19.

    Kenyataan kerajaan Togol pada Jumaat mengatakan jemaah haji perlu menjalani ujian COVID-19 wajib dan ‘mengehadkan pendedahan, memakai pelitup muka, kerap membersihkan diri dan mengelakkan perhimpunan besar’ selama 10 hari selepas mereka kembali.

    Agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA melaporkan 1,301 kematian haji tahun ini, yang disertai kira-kira 1.8 juta umat Islam di seluruh dunia, di mana suhu meningkat sehingga 51.8 darjah Celsius.

    Lebih daripada 80 peratus jemaah haji tidak mempunyai visa haji yang sah untuk melakukan ibadah haji dan berjalan jauh di bawah cahaya matahari terik, menurut SPA.

    Kira-kira 18 peratus daripada lapan juta penduduk Togo beragama Islam dan tahun ini, kira-kira 2,500 warga Togo mengunjungi Arab Saudi untuk menunaikan haji.

    Mereka berlepas pada bulan Jun dan kembali antara 29 Jun dan 3 Julai dengan penerbangan khas yang disewa oleh kerajaan negara pantai kecil bersebelahan Ghana. – AFP

    Paramedik membawa seorang jemaah Haji untuk pemeriksaan kesihatan selepas dia terjatuh akibat strok haba di Mina pada 16 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...