TOKYO, 19 DIS – Tokyo mencatatkan salji pertama bagi musim ini iaitu, 15 hari lebih awal berbanding purata tahunan dan 25 hari lebih awal berbanding musim lepas, menurut agensi Meteorologi Jepun (JMA), hari ini.
Agensi itu melaporkan suhu di ibu negara dicatatkan pada 3.3 darjah Celsius pada pukul 7 pagi hari ini, tidak lama selepas salji mula turun, lapor agensi berita Kyodo.
Di Jepun barat, Osaka turut mencatatkan salji pertama musim ini, tujuh hari lebih awal daripada purata dan dua hari lebih awal berbanding musim lepas.
JMA telah mengeluarkan amaran salji lebat di kawasan pergunungan di wilayah barat dan barat daya Jepun. – Bernama