Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tokyo gesa Myanmar bebaskan warga Jepun yang ditahan kerana jual beras pada harga tinggi

    TOKYO, 9 JULAI – Tokyo hari ini menggesa Myanmar agar segera membebaskan seorang warga Jepun yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan penjualan beras, kata Jurucakap Kanan Kerajaan Jepun, Yoshimasa Hayashi, lapor Sputnik.

    “Kami meminta (pihak berkuasa Myanmar) membebaskan warganegara Jepun itu lebih awal,” kata Hayashi pada sidang akhbar.

    Hiroshi Kasamatsu, dalam lingkungan usia 50an, dikenal pasti sebagai pegawai kanan sebuah usaha niaga di Myanmar yang berkaitan dengan rangkaian pasar raya Jepun. Beliau telah ditahan sejak 30 Jun bersama 10 tahanan lain.

    Duta Jepun, Ichiro Maruyama dan kakita-ngan kedutaan mengesahkan selepas bertemu dengan Kasamatsu secara periba-di bahawa tidak timbulnya kebimbangan kesihatan.

    Konsulat Jeneral Jepun telah berusaha memastikan pembebasannya.

    “Kami akan menangani perkara ini dengan betul,” kata setiausaha kabinet. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda