Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tokyo kesal Beijing batalkan mesyuarat dua hala menteri luar

    TOKYO, 5 OGOS – Jepun kesal dengan keputusan China membatalkan rundingan dua hala yang sepatutnya diadakan sempena mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno hari ini.

    “Mesyuarat Menteri Luar Jepun dan China di luar mesyuarat ASEAN sudah ditetapkan, tetapi semalam pihak China mengumumkan membatalkannya berikutan kenyataan yang dikeluarkan negara G7 (mengenai Taiwan).

    “Keputusan China itu amat dikesali. Ketika keadaan sedang tegang, pertukaran pendapat adalah lebih penting. Negara kita sentiasa terbuka untuk dialog dengan China,” kata Matsuno pada satu taklimat, lapor Sputnik.

    Pada Rabu, negara-negara G7 mengeluarkan kenyataan bersama, yang menyeru China supaya tidak menjadikan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi sebagai alasan untuk aktiviti ketenteraan yang agresif di Selat Taiwan.

    G7 percaya bahawa lawatan itu adalah “biasa dan rutin” dan tidak merubah dasar setiap ahli kumpulan itu terhadap China. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...