Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tol Jambatan Rasau henti operasi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Selaras dengan penguatkuasaan caj perkhidmatan dan Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk, 2020, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa bangunan Tol Jambatan Rasau berhenti beroperasi mulai hari ini.

    Sehubungan itu, JKR membuat penutupan separuh jalan dan lencongan jalan di bangunan Tol Jambatan Rasau bermula hari hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    JKR dalam kenyataannya mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda