Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tolak kempen bersifat perkauman

    SANDAKAN, 29 April – Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih  mengaitkan parti itu dengan isu perkauman dan agama termasuk mempersoalkan keikhlasannya dalam mendekati masyarakat berbilang kaum.

    Katanya aspek perkauman dan agama adalah dua perkara yang dijauhinya dalam berkempen sepanjang PRK ini. “Bukan hasrat saya untuk mencetuskan pertelingkahan dengan mana-mana masyarakat berlainan kaum dan agama.

    “Niat saya ikhlas untuk mendekati dan membantu rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Wong diminta mengulas mengenai satu hantaran dalam media sosial yang mendakwa penyertaannya dalam satu program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sim Sim di sini semalam sebagai satu gimik politik.

    Wanita berusia 30 tahun itu berkata penyertaannya dalam program gotong-royong tersebut adalah sebagai menyambung legasi mendiang bapanya Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang sering menyertai program tahunan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Sandakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda