Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah menolak rayuan seorang lelaki yang meminta hukumannya diringankan, kerana melakukan ancaman terhadap seorang pegawai da menyerang serta bertindak cuai terhadap pekerja kesihatan semasa pandemik.
Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong, dalam penghakimannya bertarikh 21 Jun, berpendapat Awang Azlan bin Awang Damit bahkan boleh didakwa dengan kesalahan yang lebih serius, ‘melakukan perbuatan cuai yang mungkin menyebarkan penyakit berjangkit yang membahayakan nyawa’ yang membawa kepada hukuman yang lebih berat.
Ketua Hakim Negara membenarkan keputusan Mahkamah Majistret untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan sembilan bulan kepada Awang Azlan, keputusan yang diambil daripada hukuman bersamaan atas pelbagai pertuduhan.
Ketua Hakim Negara menekankan sebarang tindakan ugutan atau serangan terhadap penjawat awam yang melakukan tugasnya harus dikenakan dengan hukuman pencegahan demi kepentingan umum dan barisan hadapan yang memerangi COVID-19 berhak mendapat perlindungan penuh dari undang-undang.
Juga tampil sebagai responden dalam rayuan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali. Fakta kes menyatakan Awang Azlan telah mengancam akan mencederakan seorang pekerja di Kompleks Rumah Kebajikan pada 10 Februari 2020.
Dia juga batuk tanpa memakai penutup mulut dan hidung, mengetahui dia telah diuji positif wabak, sengaja melakukan tindakan itu yang dia dapat menyebarkan jangkitan penyakit berbahaya kepada orang lain di sekitarnya pada 4 April 2020.
Perayu juga menyerang kakitangan Kementerian Kesihatan dengan mengancamnya secara lisan sambil bersenjatakan pisau saku pada 3 Mei 2020.