Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tolong cari Indra Yanto

    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja Indonesia yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum pulang.

    Menurut kenyataan daripada PPDB, laporan mengenai pekerja berkenaan iaitu Indra Yanto (gambar) yang berusia 41 tahun dengan nombor pasport, C7153536 itu telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda