Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tom bengang baca komen dalam TikTok

    Kebahagiaan Tom dan Fuad Rahman nampaknya tidak disenangi oleh segelintir pihak sehingga ada yang menganggap keluarga mereka menyedihkan.

    Bengang dengan perkara tersebut, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, tampil bersuara menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada keluarganya itu.

    Menurut Tom, dia sudah lama mendiamkan diri namun tetap diganggu oleh individu yang tidak senang melihat kebahagiaannya itu.

    “Kadang-kadang jadi public figure ini pun terpaksa hadap buli siber. Kadang kalau boleh hadap kita hadap tapi kita ini tetap manusia biasa.

    “Ada juga rasa nak bertindak balik. Diam-diam kadang-kadang melampau juga dengan anjing yang suka menyalak kacau hidup aku tiba-tiba ini,” katanya.

    Tom berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang kelmarin.

    Dalam hantaran tersebut, Tom juga memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun individu berkenaan.

    Tidak hanya sekadar amaran, Tom juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan.

    Malah dia juga memberi tempoh 24 jam kepada pemilik akaun tersebut untuk menghubunginya.

    “Selagi kau tak bagi tahu apa masalah kau dengan aku, atau selagi kau tak datang jumpa aku atau hubungi aku dalam masa 24 jam atau aku akan buat laporan polis atas sebab kau menganggu aku.

    “Kau tak suka aku asal kau sibuk dalam TikTok aku, makcik?” jelasnya.

    Sementara itu, Tom mengakui kecewa dengan hal berkenaan dan memberitahu niatnya hanya ingin menjadi insan yang baik tanpa menganggu kehidupan orang lain.

    “Aku ini rancang nak jadi orang baik tau. Aku nak baiki diri aku tak nak ada musuh dan nak jadi orang baik.

    “Tapi apa hal suka ganggu hidup aku,” katanya lagi.

    Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.

    Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

    Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. – Agensi

    Tom tidak mahu ganggu kehidupan orang lain. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda