Pelakon dan penerbit, Tom Cruise telah mengeluarkan satu lagi teaser khas untuk filem terbaharunya iaitu Mission: Impossible – The Final Reckoning.
Teaser baharu itu menunjukkan Tom kembali menawan ruang udara dengan sebuah pesawat atau lebih tepat lagi, bergantung di bahagian luar pesawat.
Semasa melakukan lagak ngeri, Tom Cruise mendedahkan dia sering pengsan semasa bergantung pada sebuah pesawat pada ketinggian 10,000 kaki dalam keadaan terbalik untuk aksi Mission: Impossible – The Final Reckoning itu.
Cruise memang terkenal melakukan segalanya dalam aksi lagak ngeri yang mengundang maut, daripada merakam adegan aksi di atas kereta api yang bergerak laju, terjun udara, hingga memanjat puncak bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
Namun, babak tertentu dalam filem terbaharunya ini bukan sesuatu yang mudah, walaupun bagi legenda aksi seperti Cruise.
Dalam temu bual bersama majalah Empire, Cruise, 62, mendedahkan dia mengalami kekurangan oksigen semasa melakukan aksi tersebut.
“Apabila awda mengeluarkan kepala pada kelajuan lebih 120 hingga 130 batu sejam, awda tidak mendapat oksigen. Jadi, saya perlu melatih diri bagaimana untuk bernafas. Ada ketika saya benar-benar pengsan, saya tidak dapat kembali ke kokpit,” katanya. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P18-3A-Paramount-Picture_11022025.jpg)