Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tom Cruise di Seoul: Kemuncak 30 tahun Mission Impossible

    Bintang Hollywood Tom Cruise kelmarin berkata filem terbaharunya, Mission: Impossible: The Final Reckoning, menandakan kemuncak francais selama 30 tahun, lapor agensi berita Yonhap.

    Kini berada di Seoul bagi jelajah promosi filem kelapan itu, pelakon merangkap penerbit filem tersebut menjelaskan bahawa karya terbaharu itu menghimpunkan segala yang telah dipelajarinya sepanjang kerjaya dalam dunia perfileman.

    “Saya cuba bawa segala yang saya pelajari dari satu filem ke filem seterusnya,” kata Cruise pada sidang media, sambil menerangkan pendekatannya dalam pembikinan filem.

    Seperti dalam filem terdahulu, Cruise sekali lagi melakukan aksi berbahaya dan mendebarkan, yang kali ini ditingkatkan lagi tahap kesukarannya bersama pengarah Christopher McQuarrie.

    Sidang media di Seoul itu turut mengenang perjalanan 40 tahun kerjaya Cruise, termasuk tayangan montaj babak-babak ikonik daripada filem seperti Top Gun, Interview with the Vampire dan Jerry Maguire. Frasa dalam video, ‘Everything you were, everything you’ve done has come to this?’ dilihat menyerlahkan simbolik filem terbaharu ini.

    Pelakon Hollywood Tom Cruise. – mStar

    Ini merupakan lawatan ke-12 beliau ke Korea Selatan sejak kali pertama pada 1994 bagi mempromosi filem Interview with the Vampire.

    Lawatan terakhirnya adalah pada 2023 untuk Mission: Impossible Dead Reckoning Part One.

    Pengarah McQuarrie, yang telah mengarahkan empat filem Mission: Impossible dan sering bekerjasama dengan Cruise, berkata beliau ‘amat berbangga dengan filem ini’ kerana ‘perincian mendalam pada setiap watak dalam cerita’.

    “Setiap watak mempunyai momen mereka, setiap watak melalui perjalanan emosi. Dan itulah yang kami sasarkan sejak permulaan perjalanan ini,” katanya.

    Mission: Impossible The Final Reckoning dijadualkan di tayangan tempatan pada 17 Mei. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda