Kisah cinta pelakon Tom Cruise sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia menghadiri sebuah majlis di London bersama wanita bernama Elsina Khayrova.
Memetik dari mStar, kedua-dua mereka dilihat begitu mesra sepanjang majlis berlangsung.
Malah kehadiran mereka juga membuatkan ramai tetamu lain terkejut kerana sebelum ini tidak ramai yang tahu Cruise mempunyai hubungan rapat dengan Khayrova.
“Mereka sangat rapat berdua, jelas kelihatan seperti pasangan kekasih.
“Cruise melayan tetamu dengan baik. Namun dia asyik menolak apabila tetamu minta bergambar bersama. Sehingga DJ terpaksa membuat pengumuman memaklumkan kepada orang ramai dia enggan bergambar.
“Mereka menari bersama sepanjang majlis,” jelas sumber.
Khayrova, 36, merupakan seorang model dan sosialis yang juga anak kepada seorang ahli politik Rusia.
Wanita itu sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan dan kisah perceraian mereka juga menjadi tumpuan ramai susulan kes melibatkan harta sepencarian.
Cruise, 61, pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa rakan selebriti lain seperti Shakira dan Hayley Atwell.
Pelakon Mission: Impossible ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Katie Holmes pada 2006 namun berpisah pada 2012.
Sebelum itu Cruise berkahwin dengan pelakon Nicole Kidman pada tahun 1990 dan berpisah dua tahun kemudian. – Agensi


