Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Tom Cruise sedia kahwin lagi

    Pelakon Tom Cruise masih berharap untuk memiliki teman hidup biarpun pernah melalui kegagalan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini.

    Memetik laporan Mirror UK, pelakon berusia 60 tahun itu berkata, dia terbuka untuk mencari pasangan dan yakin akan menemui wanita yang sempurna.

    Terbaharu, Tom dikaitkan dengan penyanyi Shakira, namun wanita itu dikatakan tidak berminat dengannya.

    Bagaimanapun, Shakira memohon agar Tom berhenti menggodanya kerana dia sedang melalui fasa rumit berikutan perpisahan yang menyakitkan bersama pemain bola sepak iaitu Gerard Pique.

    Dalam pada itu, menurut sumber, rakan-rakan pelakon filem Mission Impossible itu telah memberikan beberapa nasihat tip temu janji untuk aktor berkenaan mencari teman hidup.

    “Tom sangat suka untuk bertemu dengan seseorang yang istimewa dan dia percaya gadis yang tepat itu ada di luar sana,” kata sumber.

    Untuk rekod, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali termasuk bersama bintang popular Hollywood iaitu Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes.

    Aktor berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Isabella Jane Cruise, 30, Connor Cruise, 28, dan Suri Cruise, 17. – Agensi

    Tom masih terbuka untuk mencari teman hidup. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...