Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tom Cruise tak hadir graduasi anak, berseronok di konsert

    PELAKON Tom Cruise menjadi sasaran kecaman warganet apabila tidak menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Suri Cruise di LaGuardia High School di New York.

    Apa membuatkan ramai berang, Tom, 61, dilihat sempat menghadiri konsert penyanyi Taylor Swift pada hari berikutnya yang diadakan di London.

    Pelakon filem Mission Impossible itu sempat bertukar-tukar gelang dan beramah mesra dengan kekasih Taylor iaitu Travis Kelce di belakang pentas.

    Ini bukan kali pertama Tom gagal menghadirkan diri ke upacara penting membabitkan anak perempuannya itu.

    Malah, Tom lebih rela meraikan hari jadi penyanyi Victoria Beckham di London berbanding sambutan ulang tahun ke-18 Suri, baru-baru ini.

    Sebelum ini, Suri dilaporkan menukar namanya kepada Suri Noelle kerana tidak lagi mahu mempunyai sebarang kaitan dengan Tom.

    Untuk rekod, Suri merupakan anak hasil perkahwinan ketiga Tom bersama Katie Holmes pada 2006.

    Namun begitu pasangan itu bercerai selepas enam tahun bersama. – Agensi

    Tom Cruise kelihatan sedang bertukar gelang bersama peminat di konsert Taylor Swift. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda