Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tom dedah alasan hapus akaun media sosial

    Bintang Spider-Man, Tom Holland baru-baru ini mencetuskan kehebohan apabila dia menghapus akaun media sosialnya.

    Tindakan itu diambil ketika Tom sedang sibuk menjalani penggambaran bagi siri terbaharunya di Apple TV+ yang bertajuk The Crowded Room, lapor tabloidbintang.

    Alasan di sebalik keputusan Tom Holland untuk berhenti daripada media sosial disangka berkaitan dengan kesihatan mentalnya. Namun, dalam sebuah rakaman podcast On Purpose with Jay Shetty, kekasih hati Zendaya itu memperbetulkan beberapa laporan yang tular.

    Tom Holland dengan jujur menyatakan bahawa dia menghapuskan akaun Instagramnya kerana berasa terlalu bergantung pada dunia maya yang seringkali hanya menampilkan gambaran yang palsu tentang kehidupannya.

    Tom juga mengakui bahawa kebiasaan terlalu asyik bermain media sosial kadang-kala mengganggu proses penggambaran. Kesedaran itu datang selepas dia melihat beberapa orang turut terperangkap dalam perangkap yang sama.

    Dia tidak gembira dengan wartawan yang cuba menyokong isu kesihatan mentalnya dengan cara yang kurang sensitif. Menurut Tom, mereka menyebarkan berita yang salah, menambahkan unsur negatif tentang kesihatannya secara berlebihan.

    Bagi Tom, keputusannya untuk memadamkan akaun media sosialnya sepatutnya dihormati sebagai langkah yang wajar dan bukan sebagai kelemahan dalam kesihatan mentalnya.

    Tom berharap agar berita tentangnya disampaikan dengan cara yang lebih berhemah dan menghargai privasinya, mengakui bahawa setiap individu berhak memilih untuk berada atau tidak dalam platform media sosial tanpa perlu terjejas oleh pandangan orang lain. – Agensi

    Tom Holland mengambil langkah drastik dengan menghapus akaun media sosialnya. – tabloidbintang
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda