Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tomok pasang impian belajar sampai PhD

    Jika individu lain di usia 40an sudah memikirkan rancangan untuk pencen atau berehat daripada alam pekerjaan, namun berbeza bagi penyanyi tomok yang kini menyambung pengajian peringkat sarjana.

    Mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 41, berkata dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuklah membahagikan masa antara dunia seni dan pelajaran.

    “Saya sambung belajar ini bukan takut karier nyanyian saya akan menjadi perlahan sebab pada saya itu adalah lumrah dalam industri. Namun, saya buat ini (sambung belajar) sebab kita tengok ke hadapan. Kalau ada benda (kerjaya) lain, apa salahnya.

    “Saya akan habiskan juga pengajian ini walaupun mengambil masa yang lama. Ini kerana saya mahu menjadi contoh kepada anak-anak,” katanya kepada mStar.

    Malah kata Tomok, dia juga merasakan bahawa pendidikan ada penting bagi seorang anak seni. 

    “Akademik ini sangat penting dalam kehidupan kita tidak kira artis atau bukan. Akademik ini tidak boleh tolak ketepi,” ujarnya. – Agensi

    Tomok kekal bersemangat melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda