Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tomok umum konsert istimewa New Boyz

    Selepas kejayaan konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang pada Februari tahun lalu, kumpulan pop 90-an itu bakal menganjurkan satu lagi persembahan istimewa sempena ulang tahun ke-25.

    Memetik laporan mStar, Vokalis New Boyz iaitu Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 40, memaklumkan berita gembira itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

    Kata Tomok, penganjuran konsert New Boyz 25th Anniversary ini merupakan hadiah buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang sepanjang 25 tahun mereka bergelar anak seni.

    “Tak mampu saya nak simpan rahsia ini lagi. Oleh kerana sambutan luar biasa pada konsert tahun lalu yang kami adakan selama dua hari, kami teruja untuk mengadakan konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),” katanya.

    Dalam pada itu, Tomok turut memberitahu kejayaan konsert sebelum ini membuktikan bahawa peminat New Boyz masih lagi memberikan sokongan terhadap kerjaya seni mereka.

    Selepas sekian lama menyepi, kemunculan semula kumpulan tersebut masih lagi mendapat perhatian peminat.

    “Kejayaan konsert pada tahun lalu membuktikan bahawa peminat masih utuh di belakang kami.

    “Comeback kami diterima dengan sangat baik dan kami ingin menghadiahkan sebuah lagu konsert kepada semua yang menghargai kami. Semoga konsert ini dapat mengubati kerinduan semua,” ujarnya.

    Konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 13 Julai depan. – Agensi

    New Boyz menghargai setiap sokongan peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...