Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Toney akhiri tempoh penggantungan

    LONDON, 18 JAN – Penyerang Brentford, Ivan Toney, mengisytiharkan dirinya ‘bebas’ ketika dia enggan mengetepikan perpindahan besar selepas penggantungan lapan bulannya berakhir, kelmarin.

    Toney telah menjalani hukuman penggantungan kerana melanggar peraturan perjudian Persatuan Bola Sepak Inggeris dan dia boleh kembali beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Brentford menentang Nottingham Forest pada Sabtu.

    Pemain berusia 27 tahun itu menggunakan media sosial untuk menandakan tamatnya penggantungan dengan menyiarkan GIF seorang lelaki yang mengangkat tangannya sebagai perayaan, dengan slogan ‘bebas!’ di bahagian bawah imej.

    Pengurus Brentford, Thomas Frank berkata sebelum kekalahan perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA pasukannya di Wolves pada Selasa lalu, Toney ‘akan benar-benar menyertainya dan bersedia untuk hari Sabtu.’ Tetapi Toney telah dikaitkan dengan Arsenal dan Chelsea semasa jendela perpindahan dan dia mengakui kemungkinan menyertai salah satu gergasi Liga Perdana itu.

    Ditanya sama ada ini bukan masa yang sesuai untuk meninggalkan Brentford, Toney memberitahu Sky Sports, “Saya tidak tahu, awda tidak boleh meramalkan bila masa yang sesuai untuk berpindah ke tempat lain.”

    “Sudah jelas saya ingin bermain untuk kelab terkemuka, semua orang mahu bermain untuk kelab teratas, berjuang untuk gelaran dan perkara-perkara seperti ini.” – AFP

    Gambar fail menunjukkan Toney semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Brentford dan Bournemouth di Stadium Komuniti di London, England pada 14 Januari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...