Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tong gas memasak meletup, 4 sekeluarga maut

    NEW DELHI, 31 MAC – Seorang wanita dan tiga anaknya terbunuh selepas silinder gas petroleum cecair (LPG) meletup kelmarin di dalam rumah mereka di negeri Uttar Pradesh, utara India, kata polis.
     
    Insiden itu berlaku di kampung Dumri di kawasan Bhaluani, daerah Deoria, kira-kira 333 km di timur Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh. “Dalam kejadian malang hari ini, seorang wanita berusia 42 tahun dan tiga anaknya yang masih kecil – dua anak perempuan dan seorang anak lelaki – terbunuh selepas tong gas memasak meletup di dalam rumah mereka kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan di Kampung Dumri,” kata seorang pegawai polis. “Kami diberitahu wanita itu sedang menyediakan teh di dapur gas untuk suaminya apabila tong itu meletup.”
     
    Susulan kejadian itu, pihak berkuasa segera menghantar pegawai bomba dan pasukan polis ke tempat kejadian.
     
    Mayat-mayat telah ditemui di dalam rumah dan dihantar untuk bedah siasat. Polis telah mendaftarkan kes tersebut dan mengarahkan siasatan dijalankan dalam kejadian itu. – Xinhua
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda