Oleh Syahmi Hassan –
Jika awda sering mengumpul sampah makanan untuk dikomposkan, tentu awda tahu bahawa beg kertas mudah rosak akibat kelembapan.
Projek ini adalah penyelesaian mudah tetapi berguna, sebuah tong kayu berjalur yang membolehkan udara lalu keluar, mengurangkan kelembapan dan memastikan beg kertas tidak cepat hancur.
Reka bentuk menggunakan jalur kayu maple ini bukan sahaja praktikal, malah tampak kemas apabila diletakkan di dapur.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
• Kayu maple setebal ⅝ inci (Gambar 1)
• Gam kayu
• Varnis poliuretana
• Kepingan polikarbonat (⅛ inci)
Alat:
• Gergaji meja
• Kalkulator
• Set mata pisau dado
• Pengetuk paku tolok 23
SEDIAKAN POTONGAN KAYU
Potong 36 jalur A berukuran ⅝” x ⅝” x 17”.
Potong 14 jalur B berukuran ⅝” x ⅝” x 9”.
Potong 4 jalur C berukuran ⅝” x 1” x 13 ¾”. (Gambar 2)











BUAT POTONGAN DADO
Tetapkan pemotong dado kepada ⅝” lebar, kedalaman 5/16”.
Potong dado pada satu hujung jalur A.
Potong dado pada kedua-dua hujung 12 jalur B.
Potong 2 dado pada jalur C dengan jarak sekata untuk rel bawah. (Gambar 3 & 4)
GAM BENTUK “U”
Gam 20 jalur A pada 10 jalur B untuk membentuk bingkai berbentuk “U”. (Gambar 5)
SAPU VARNSI POLIURETANA
Lapisi permukaan kayu dengan dua lapisan varnis poliuretana untuk perlindungan daripada air dan kulat. (Gambar 6)
GAM KESELURUHAN RANGKA
Gam 14 jalur A pada 2 jalur B untuk membentuk bahagian hujung pendek.
Satukan rel atas panjang dan pendek.
Gam rel bawah pada bentuk “U”.
Pasang unit rel atas ke keseluruhan struktur. (Gambar 7, 8 & 9)
BUAT KLIP POLIKARBONAT
Klip ini adalah pilihan tambahan untuk memegang beg kertas agar terbuka.
Potong 4 jalur polikarbonat ⅛ inci berukuran 1.5” x 4”.
Panaskan dan bengkokkan pada jarak 1 ¾” dari setiap hujung. (Gambar 10)
HASIL AKHIR
Letakkan dulang telur kertas di bahagian bawah sebagai penyerap lembapan, kemudian masukkan beg kertas.
Tong kayu ini kini sedia digunakan untuk mengumpul sampah makanan yang akan dikomposkan. (Gambar 11)
Dengan jalur kayu yang kemas dan reka bentuk praktikal, ia bukan sahaja tahan lama malah menjadikan proses pengumpulan sampah lebih mudah dan bersih.
Tip-tip tambahan:-
• Gunakan varnis kalis air yang berkualiti untuk ketahanan lebih lama.
• Pastikan ukuran potongan tepat supaya rangka tidak longgar.
• Klip polikarbonat boleh ditambah atau diubah suai mengikut keperluan.
