Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tong sampah pun ‘kenyang’ semasa rumah terbuka

    Syawal adalah bulan kemenangan, bulan kegembiraan, tetapi malangnya, bagi sesetengah pihak, ia juga bulan pembaziran. Setiap tahun, rumah terbuka diadakan dengan penuh kemeriahan, juadah dihidang melimpah ruah, tetapi akhirnya, sebahagian besarnya berakhir di tong sampah.

    Kelmarin, semasa berkunjung ke rumah saudara, hati saya tersentak melihat sisa makanan yang bertimbun lemang yang masih elok, lauk-pauk yang hampir tidak disentuh, kuih-muih yang dibiarkan keras tanpa diusik. Terlalu lahap mengaut makanan seolah-olah tidak akan ada peluang kedua untuk makan.

    Lebih menyedihkan, kebanyakan tuan rumah mengeluarkan wang yang bukan sedikit untuk menyediakan makanan, malah ada yang menggunakan khidmat katering dengan kos mencecah ratusan ringgit. Itu belum termasuk tenaga dan masa yang mereka laburkan demi menjamu dan melayan tetamu.

    Sebagai tetamu, kita harus lebih beradab dan prihatin. Ambil makanan dalam jumlah yang mampu dihabiskan, bukan ikut nafsu semata-mata. Jika masih lapar, barulah tambah.

    Rumah terbuka sepatutnya menjadi ruang mengeratkan silaturahim, bukan tempat pembaziran. Janganlah kerana keghairahan kita, tuan rumah berasa kecil hati melihat makanan yang mereka sediakan dengan penuh kasih sayang berakhir di tong sampah. Mari kita jadikan Syawal ini lebih bermakna dengan sikap lebih berhemah dan bertimbang rasa.

    Haji Roy

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

    Lelaki menang pertandingan ‘berbaring’ atas tilam selama 33 jam

    Berita Berkaitan

    Laungan takbir Aidiladha bergema

    Oleh Yusrin Junaidi -   BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN -...

    Gempa bumi 6.1 magnitud landa pulau Crete di Greece

    ATHENS, 22 MEI – Gempa bumi 6.1 magnitud telah...

    IWCB kongsi kegembiraan sambut Lebaran Aidilfitri

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI...

    Syawal kukuh persaudaraan

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL...

    Terkini

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Suasana sidang media kali...

    Lelaki menang pertandingan ‘berbaring’ atas tilam selama 33 jam

    HOHHOT, CHINA, 21 NOV - Seorang lelaki di China...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...