Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tonga terkesan El Nino

    SUVA, 4 OGOS – Jabatan Meteorologi Tonga berkata hari ini bahawa negara pulau Pasifik itu mengalami cuaca sejuk yang luar biasa, dengan hari yang sejuk dan malam yang lebih sejuk serta iklim cenderung kepada keadaan El Nino.

    Menurut laman web berita Matangi Tonga, suhu rendah 9.3 darjah Celsius, yang direkodkan pada penghujung Julai di pulau Tongatapu di mana ibu kota Nuku’alofa terletak, adalah yang paling rendah dalam rekod bagi negara pulau itu tahun ini.

    Laporan itu berkata ia juga kedua terendah kepada rekod suhu minimum negara iaitu 8.7 darjah Celsius, yang direkodkan pada 1994 semasa El Nino 1994 dan 1995.

    Purata suhu pada bulan Julai untuk Tongatapu ialah 21 darjah Celcius, dan penduduk tempatan cuba untuk mengekalkan kehangatan badan, kata laporan itu.

    Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran El Nino untuk Tonga bulan lalu, mengatakan terdapat 70 peratus peluang El Nino terbentuk tahun ini.

    Jabatan itu berkata peristiwa El Nino boleh bertahan selama sembilan hingga 12 bulan dari tarikh ia diisytiharkan.

    Menurut jabatan itu, Tonga telah melihat suhu malam yang lebih sejuk selama empat hingga enam minggu lalu dan telah mengalami suhu di bawah 12 darjah Celsius, yang sangat jarang berlaku semasa musim sejuk biasa.

    Jabatan Meteorologi menasihatkan bahawa kemungkinan sejuk akan berterusan dengan musim El Nino ini. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda