Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tonjol bakat main golf, beramal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Para pemain golf berpeluang menonjolkan bakat sambil beramal pada Perlawanan Golf Amal anjuran Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) yang akan berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri (PMGC) bermula 4 hingga 6 Oktober nanti.

    Perlawanan golf amal bersempena Penubuhan MKM ke-10 tahun itu dianjurkan dengan kerjasama Kelab Golf Pantai Mentiri untuk menambah dana MKM bagi membiayai projek dan aktiviti membantu golongan kurang berkemampuan di negara ini khususnya klien-klien di bawah pengawasan dan pemantauan MKM.

    Perlawanan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Gross, Nett dan Hole-in-One di mana penyertaan bagi perlawanan itu dibukakan kepada semua orang dengan yuran penyertaan dikenakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda