Rutin menonton semula lakonan sendiri apabila projek drama atau filem sudah siap, sentiasa dipraktikkan Fasha Sandha dalam meningkatkan penghayatan dalam karakter dibawa.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 35, memberitahu, petua itu dipraktikkan sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.
“Saya suka menonton semula setiap lakonan dan mencari kelemahan diri. Setiap kekurangan akan saya cuba elak untuk projek drama akan datang.
“Itu adalah cara saya sejak dahulu lagi… Tak mungkin saya berpuas hati dengan setiap hasil kerja saya,” katanya kepada media.
Fasha Sandha yang ditemui pada majlis pra-tonton telefilem Suatu kala : Timun Mas & Ijo baru-baru ini, Fasha menambah, dia juga mengambil kelas lakonan bersama bintang senior seperti Fauziah Nawi. – Agensi