Sunday, April 27, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tony Fernandes hargai usaha kerajaan

    KUALA LUMPUR, 7 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes (gambar) menghargai peranan dan bantuan kerajaan serta menyediakan peluang kepada syarikat penerbangan tambang rendah itu untuk berkembang menjadi antara jenama terbesar dunia sejak 10 tahun lepas.

    Beliau berkata kerajaan berjaya mengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta seperti AirAsia bagi memastikan sesuatu yang terbaik untuk Malaysia.

    Ini membolehkan AirAsia berkembang dan memenangi banyak anugerah, katanya dalam catatan di YouTube, #NegaraKru, yang dimuat naik hari ini.

    “Kami telah berkembang hasil daripada dasar berasaskan pasaran, walaupun perlindungan dikurangkan. Dan kami berharap pada masa depan syarikat seperti kami akan berkembang maju dan akan ada lebih banyak AirAsia, lebih banyak pekerjaan diwujudkan, lebih meritokrasi, dan itulah Malaysia yang Saya Impikan, jadi mengundilah dengan bijak,” katanya.

    Fernandes berkata terdapat banyak berita palsu, termasuk tentang dirinya sendiri, dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengundi berasaskan maklumat yang mungkin tidak tepat, atau berdasarkan khabar angin.

    “AirAsia telah berkembang, daripada dua pesawat kepada 230 pesawat, daripada 200,000 penumpang, dan sehingga tahun ini, kami membawa 89 juta penumpang, dan saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengutamakan rakyat, dan membolehkan AirAsia tumbuh meski pun penentangan dari semua tempat.

    “Pergi mengundi berasaskan fakta dan AirAsia adalah fakta nyata,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda