NEW DELHI, 21 APRIL – Jabatan polis di India memper-kenalkan topi keledar berhawa dingin untuk anggota trafik mereka melawan gelombang panas.
Topi keledar itu direka untuk menyejukkan apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius dan mempunyai visor bagi melindungi mata daripada cahaya matahari, kata pegawai-pegawai.
Topi keledar itu diperkenalkan di Gujerat berikutan laporan anggota polis trafik yang
pengsan di jalan raya akibat panas terik.
Topi keledar beroperasi dengan bateri yang dipasang di pinggang. Ia mempunyai titik pengecasan dan bertahan sehingga lapan jam apabila dicas penuh.
Jabatan Meteorologi India melaporkan India akan menghadapi cuaca panas melampau dari April hingga Jun. – Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/04/P19-Z-helmet-web-freepik_22042024.jpg)