Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Torres sedia kembali beraksi

    MADRID, 15 Mac – Fernando Torres bersedia untuk kembali beraksi dua minggu selepas tidak sedar dalam satu pertembungan kepala ketika Atletico Madrid dilihat untuk melengkapkan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara, hari ini.

    Atletico adalah pasukan pilihan untuk mara ke persaingan lapan terakhir bagi tahun keempat berturut-turut ketika Torres dalam sasaran bagi kemenangan perlawanan pertama 4-2 menentang Bayer Leverkusen di Jerman pada tiga minggu lalu membolehkan pasukan dari Sepanyol itu mendahului.

    Dan peluang pemain berusia 32 tahun itu untuk beraksi dilihat cerah dengan ketiadaan Kevin Gameiro kerana sakit abdomen.

    Atletico tidak akan beraksi dengan kapten Gabi dan pertahanan Filipe Luis kerana menjalani penggantungan selepas dilayangkan kad kuning pada akhir perlawanan pertama bagi memastikan mereka bebas untuk beraksi pada suku akhir.

    Biarpun Atletico menunjukkan keyakinan, mereka sudah melangkah sebelah kaki ke suku akhir dan midfield Koke memberi amaran untuk sebarang perasaan berpuas hati.

    “Kami mencatatkan keputusan yang bagus pada perlawanan pertama tetapi kami tidak perlu merasa puas hati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda