Tuesday, December 31, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toshiba, Bain Capital harap capai perjanjian

    YOKKAICHI, Jepun, 13 Okt – Ketua perniagaan cip memori Toshiba dan Bain Capital, dana pelaburan yang membelinya, berkata hari ini mereka berharap dapat mencapai perjanjian pada Mac meskipun menerima tentangan daripada rakan usaha sama Toshiba dari AS Western Digital.

    Hadir bersama Ketua Memori Toshiba Yasuo Naruke, ketua Bain Jepun Yuji Sugimoto berkata konsortiumnya memberikan sokongan penuh kepada rancangan berkenaan.

    Toshiba Memori dan Bain mengadakan kunjungan media ke kilang pengeluaran cip memori pada hari ini di tengah bandar perindustrian Jepun untuk memaparkan kehandalan teknologi unit cip dan potensi perniagaan.

    Toshiba Corp yang berpangkalan di Tokyo, mengalami kerugian besar daripada perniagaan nuklearnya, amat memerlukan jualan untuk bertahan. Operasi nuklearnya di AS di Westinghouse Electric Co memfail kemuflisan pada awal tahun ini.

    Presiden Toshiba Memory Corp., Yasuo Naruke (kanan) dan ketua operasi Bain Capital di Jepun, Yuji Sugimoto, bergambar semasa pertemuan mereka di hadapan sebuah kilang Toshiba Memory Yokkaichi semasa lawatan akhbar di Yokkaichi, kelmarin. – AFP

    Toshiba melego perniagaan memori pada Julai untuk penjualan itu. Ia adalah aset terakhir Toshiba untuk dijual.

    “Tolong semak betapa bersemangat kami di Yokkaichi,” beritahu Naruke kepada wartawan.

    Beliau berkata saluran untuk rundingan adalah terbuka untuk Western Digital, dan beliau berharap dapat menjalin hubungan mesra dan meneruskan kerjasama dengan syarikat tersebut dalam pembangunan produk dan pelaburan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda