Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toshiba Jepun luluskan 13 pencalonan

    TOKYO, 28 JUN — Para pemegang saham Toshiba meluluskan 13 orang pengarah yang dicalonkan kepada lembaga pengarahnya kelmarin.

    Ketua Eksekutif Taro Shimada, yang menyelia mesyuarat pemegang saham tahunan di Tokyo, berkata bahawa majoriti telah mengundi untuk meluluskan pemilihan itu.

    Beliau berjanji kepada pemegang saham Toshiba Corp. bahawa ia akan terus maju dengan tenaga bersih, projek infrastruktur, perkhidmatan data, peranti serta penyimpanan yang cukup.

    Menjelang 2030, Toshiba menyasarkan AS$37 bilion dalam jualan tahunan, meningkat daripada kira-kira AS$22 bilion pada masa ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda