TOKYO, 22 Feb – Syarikat pembuat barangan elektronik Jepun yang dilanda masalah, Toshiba Corp. Kini menjual pegangan sahamnya dalam syarikat pajakan peralatan perubatan kepada Canon Inc. pada harga 3.14 bilion yen (AS$28 juta).
Toshiba kelmarin menyatakan ia telah menjual keseluruhan 65 peratus pegangan sahamnya dalam Toshiba Medical Finance Co. kepada Canon, syarikat pembuat kamera Jepun, berkuat kuasa pada 31 Mac.
Toshiba yang berpangkalan di Tokyo telah berada dalam beberapa rundingan bersama Canon sejak hujung tahun lepas mengenai jualan berkenaan.
Toshiba, yang memiliki syarikat nuklear AS Westinghouse, dalam masalah besar selepas mengalami kerugian besar dalam perniagaan nuklearnya.
Ia telah menjual perniagaan-perniagaan menguntungkan seperti operasi-operasi cip komputernya.

Ia mengunjurkan kerugian 712.5 bilion yen (AS$6.3 bilion) bagi perniagaan nuklearnya dan telah tidak berupaya untuk melaporkan keputusan kewangan bulan April hingga Disember. Pengerusinya telah meletak jawatan dari bertanggungjawab bagi masalah berkenaan.
Toshiba telah pun menjual bahagian perniagaan cipnya dan presidennya telah berkata ia memikirkan untuk menjual kesemuanya untuk keluar daripada masalah.
Ia juga telah menjual unit perkakas rumah kepada Midea dari China, yang mengekalkan jenama Toshiba. – AP