Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Toshiba kurangkan sehingga 4,000 pekerjaan di Jepun

    TOKYO, 16 MEI – Syarikat perindustrian Jepun, Toshiba berkata hari ini bahawa ia merancang untuk mengurangkan sehingga 4,000 pekerjaan di dalam negara sebagai sebahagian daripada program penstrukturan semula.
     
    Pengumuman itu dibuat susulan penyahsenaraian saham firma itu pada September selepas diambil alih oleh sebuah konsortium ekoran pelbagai krisis.
     
    Pengurangan jumlah pekerja akan dicapai menjelang November dengan menawarkan pekerja berumur lebih 50 tahun yang memenuhi kriteria tertentu untuk bersara awal secara sukarela.
     
    “Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat oleh pihak pengurusan tetapi langkah-langkah ini penting Toshiba kembali pada trajektori pemulihan dan pertumbuhan,” kata seorang jurucakap syarikat kepada AFP.
     
    Pemberhentian berskala besar jarang berlaku di Jepun tetapi penggunaan skim persaraan awal atau pemberhentian secara sukarela telah meningkat dengan mendadak. Ia juga akan memindahkan fungsi ibu pejabat dari kawasan Hamamatsucho di Tokyo ke Kawasaki di luar ibu negara Jepun pada separuh pertama fiskal 2025. – AFP
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...