Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toshiba lancar skim penswastaan AS$14 bilion

    TOKYO, 7 OGOS – Toshiba mengumumkan bahawa rancangan sebelum ini untuk mengambil syarikat konglomerat Jepun yang bermasalah itu sebagai syarikat persendirian dalam perjanjian bernilai kira-kira AS$14 bilion akan dilaksanakan esok.

    Langkah itu diambil selepas krisis dialami selama beberapa tahun oleh syarikat tersebut, yang dulunya merupakan lambang kekuatan ekonomi Jepun tetapi baru-baru ini dipalit skandal, kekacauan kewangan dan peletakan jawatan.

    Konsortium yang dipimpin Japan Industrial Partners yang akan mengambil alih dalam perjanjian bernilai hampir dua trilion yen itu termasuk 17 syarikat Jepun dan enam bank Jepun.

    Pada Mac, Toshiba berkata tawaran tender itu akan dibatalkan jika konsortium itu gagal membeli sekurang-kurangnya 66.7 peratus saham tertunggak.

    Harga ditetapkan pada 4,620 yen setiap saham dan tempoh tawaran adalah selama 30 hari perniagaan, menurut laman web tawaran tender, lebih tinggi berbanding harga penutupan hari ini iaitu 4,584 yen.

    Toshiba hari ini melaporkan kerugian bersih sebanyak 25.3 bilion yen untuk suku pertama disebabkan penurunan permintaan di firma cip Kioxia, di mana ia masih mengekalkan saham 40 peratus dalam Toshiba.

    Dua tahun lalu, tawaran pengambilalihan mengejut dari dana ekuiti swasta CVC Capital Partners telah menimbulkan keraguan tentang masa depan konglomerat itu.

    Selepas tawaran CVC ditolak, terdapat rancangan untuk memisahkan syarikat ini dan menghapuskan segmen perantiannya yang mendapat tentangan kuat dari beberapa pelabur. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda