Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toshiba rugi kira-kira AS$8.8 bilion

    TOKYO, 10 Ogos – Toshiba hari ini memenuhi tarikh akhir untuk melaporkan keputusan kewangannya yang lama tertangguh, berkata ia kerugian kira-kira AS$8.8 bilion dalam tahun fiskal terakhir disebabkan unit nuklear AS Westinghouse Electric yang terjejas teruk. Tindakan oleh salah sebuah firma paling terkenal di Jepun itu mengurangkan peluang disingkirkan daripada penyenaraian daripada Bursa Saham Tokyo (TSE).

    Namun syarikat bermasalah itu masih goyah tatkala ia menghadapi pertarungan mahkamah untuk menjual perniagaan cip memorinya dengan harga kira-kira AS$18 bilion, penjualan yang dilihat penting untuk kadar pusing gantinya.

    Timbulnya kebimbangan yang meningkat Toshiba mungkin tidak dapat memenuhi tarikh akhir hari ini untuk memberikan penyata kewangan untuk tahun fiskal yang berakhir pada Mac, memandangkan ia berselisih faham dengan juruaudit berhubung kerugian berjumlah berbilion dolar di Westinghouse.

    Toshiba berkali-kali menangguhkan pengeluaran penyata kewangannya, berkata ia memerlukan lebih banyak masa untuk menilai kesan Westinghouse ke atas kunci kira-kiranya.

    Satoshi Tsunakawa ketika menyampaikan ucapannya ketika sidang media di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo. – AFP
    Satoshi Tsunakawa ketika menyampaikan ucapannya ketika sidang media di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo. – AFP

    Kerugian besar di divisyen sebahagian besarnya disebabkan penangguhan dan lebihan kos telah menimbulkan keraguan mengenai masa depan Toshiba, yang masih berpulih daripada skandal perakaunan 2015.

    Firma itu juga sedang menyiasat dakwaan pemberi maklumat tentang salah urus kewangan oleh pengurus senior Westinghouse. Bagaimanapun, juruaudit, PricewaterhouseCoopers Aarata, mengeluarkan satu pendapat terbatas mengenai penyata Toshiba hari ini, berkata mereka “kebanyakannya adalah wajar.”

    Syarikat berkata ia mengalami kerugian bersih berjumlah 965.7 bilion yen untuk tahun fiskal berakhir 31 Mac tetapi berkata ia akan kembali mencatat keuntungan pada tahun fiskal sekarang.

    Pada awal bulan ini, saham diturun taraf daripada bahagian pertama Bursa Saham Tokyo disebabkan kawalan dalam yang tidak mencukupi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda