TOKYO, 28 Sept – Toshiba berkata hari ini ia telah menandatangani satu perjanjian untuk menjual perniagaan cip memorinya kepada satu kumpulan yang dipimpin oleh pelabur AS Bain Capital dengan harga kira-kira AS$18 bilion.
Penjualan kepada konsortium – yang termasuk syarikat teknologi AS Apple dan Dell serta pengeluar cip Korea Selatan SK Hynix – dilihat sebagai penting untuk mengapungkan konglomerat Jepun.
Majlis penandatangan hari ini mengakhiri masalah beberapa bulan yang melihat pertarungan mahkamah, bidaan saingan dan pembatalan salah sebuah firma terkenal di bursa saham Jepun.
“Hari ini kami menandatangani satu perjanjian untuk menjual” kesemua saham perniagaan cip memorinya kepada konsortium dengan harga dua trilion yen, kata Toshiba.
Firma Jepun itu telah berkata pada minggu lalu ia akan menjual perniagaan kepada kumpulan pimpinan Bain dan berhasrat menamatkan penjualan pada Mac.

Toshiba adalah pengeluar cip nombor dua di dunia di belakang Samsung dan produk divisyen ditemui dalam kebanyakan telefon pintar dan gajet elektronik.
Unit cip itu menyumbang kepada kira-kira satu perempat daripada jumlah pendapatan tahunan Toshiba dan aset dalam pelbagai perniagaan daripada peralatan rumah kepada reaktor nuklear.
Toshiba hampir-hampir dikeluarkan daripada senarai bursa pada tahun ini, namun ia masih menghadapi prospek disingkirkan daripada bursa saham Jepun sekiranya penjualan gagal mengumpul wang yang cukup.
Penjualan divisyen cip dilihat sebagai kunci kepada ketahanan Toshiba, tatkala ia bergelut untuk berpulih daripada kerugian berbilion dolar di operasi nuklear AS Westinghouse Electric.
Syarikat gergasi industri Jepun itu masih berpulih daripada pemerolehan teruk Westinghouse, yang mencatat kerugian berjumlah berbilion dolar sebelum ditempatkan dalam perlindungan kemuflisan. – AFP