Total beli saham kumpulan tenaga solar India

PARIS, 18 JAN – Syarikat minyak gergasi Perancis, Total berkata hari ini yang ia akan membayar AS$2.5 bilion bagi 20 peratus saham dalam Adani Green Energy Limited India (AGEL), sebuah pengeluar tenaga solar besar, ketika ia mempelbagaikan hasil ekonomi daripada bahan api kepada tenaga diperbaharui.

Bersama 20 peratus saham langsung itu terkandung 50 peratus pemegangan dalam portfolio aset tenaga solar yang dioperasi oleh AGEL, sebahagian daripada kumpulan Adani, kata Total dalam satu kenyataan.

Dua buah syarikat mempunyai persetujuan kerjasama sejak 2018, ketika Total memperoleh saham dalam Adani Gas Limited.

India sangat bergantung terhadap arang namun telah berpindah ke tenaga diperbaharui dan gas cecair dalam usaha untuk mengurangkan paras dan kos pencemaran. – AFP