Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Total lakar sejarah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Total E&P Borneo B.V. (Total) melakar sejarah, hari ini, apabila menandatangani kontrak pertama di bawah Program i-Usahawan yang dikendalikan Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

    Majlis penandatangan kontrak antara Total dan Mohd HMS Enterprise yang akan menyediakan servis dan penyelenggaraan penyaman udara telah diadakan di The Empire Hotel & Country Club.

    Hadir menyaksikan penandatanganan berkenaan selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia) di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Haji Zolkiflee bin Haji Abdul Karim.

    Pada majlis itu, menandatangani bagi pihak Total ialah Ketua Kontrak dan Pemerolehan, Josephine Tan dan Ketua Perkhidmatan Am, Dahlila Abdullah manakala itu, Mohd HMS Enterprise diwakili oleh pemiliknya, Awang Mohammad bin Haji Mohd Said.

    Pengurus Besar Total di Brunei, Niclos Wawresky dalam ucapannya menjelaskan, Total merasa bangga untuk menandatangani kontrak i-Usahawan pertama dengan Mohd HMS Enterprise.

    Menurutnya, penandatangan kontrak berkenaan akan memberi peluang kepada Mohd HMS Enterprise untuk mengembangkan perniagaan dan berpotensi dimajukan ke luar negara untuk jangka masa yang panjang.

    Beliau seterusnya menje-laskan, di bawah program itu, Mohd HMS Enterprise akan mendapat manfaat daripada program mentor yang bertujuan bukan sahaja meningkatkan kecekapannya tetapi juga semangat keusahawanan.

    Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Korporat, Dayang Harina Ramlee selaku mentor Program i-Usahawan antara lain menjelaskan, program mentor berjalan selama empat bulan yang merangkumi tiga komponen seperti kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE), organisasi dan general iaitu pengenalan syarikat dan HSE serta latihan dalam pekerjaan.

    Haji Zolkiflee bergambar ramai bersama para penandatangan kontrak Total dan Mohd HMS Enterprise.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda