Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Total lancar identiti baharu TotalEnergies

    PARIS, 30 MEI – Dalam usaha memperkukuhkan dasar transformasi strategiknya kepada syarikat tenaga yang lebih luas dalam identitinya, pemegang saham dalam mesyuarat pemegang saham biasa dan luar biasa telah meluluskan resolusi untuk menukar nama syarikat Total kepada TotalEnergies baru-baru ini.

    Sejajar dengan pertukaran nama tersebut, TotalEnergies akan menggunakan logo identiti baharu.

    “Tenaga merupakan kehidupan. Kami semua memerlukannya dan ia merupakan sumber kemajuan.

    Maka hari ini, untuk menyumbang kepada pembangunan mapan planet yang berdepan dengan cabaran iklim, kami akan tampil maju ke depan, bersama-sama ke arah tenaga baharu. Tenaga sedang mencipta semula identitinya, dan perjalanan tenaga ini milik kami.

    Cita-cita kami adalah menjadi peserta terbaik di dunia dalam peralihan tenaga ini. Itulah sebabnya kenapa Total sedang menjalani perubahan dan beralih menjadi TotalEnergies,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, nama baharu dan identiti baharu ini melambangkan haluan yang telah dicartakan oleh TotalEnergies, syarikat tenaga yang komited untuk menghasilkan dan menyediakan tenaga yang lebih mampu bayar, boleh dipercayai dan bersih.

    Gambar yang diambil pada 28 Mei menunjukkan logo baharu TotalEnergies semasa pelancarannya di La Defense di pinggir bandar Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda