KUALA LUMPUR, 20 Mac – Syarikat minyak dan gas, Total melanjutkan perkongsiannya dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tiga tahun lagi iaitu sehingga 2021. Perjanjian tersebut menyaksikan syarikat yang berpangkalan di Perancis itu kekal sebagai rakan rasmi tiga kejohanan utama BWF, kejohanan berpasukan campuran Piala Sudirman, pusingan akhir Piala Thomas dan Uber serta Kejohanan Dunia.