TotalEnergies labur AS$27 bilion di Iraq

BAGHDAD, 6 SEPT – Syarikat gergasi Perancis TotalEnergies memeterai kontrak berjumlah AS$27 bilion untuk melabur dalam pengeluaran minyak, gas dan solar di Iraq semalam, ketika negara itu berdepan krisis tenaga serius.

Pengumuman perjanjian itu, sepatutnya sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kebergantungan ke atas bahan fosil, keluar ketika Menteri Minyak Ihsan Ismail menandatangani kontrak pada majlis bersama ketua TotalEnergies Patrick Pouyanne di Baghdad.

TotalEnergies belum mengesahkan kepada AFP nilai atau tempoh kontrak, yang dimeterai selepas rundingan berbulan lamanya dan beberapa kunjungan oleh Pouyanne.

Namun syarikat Perancis pada mulanya merancang melabur AS$10 bilion dalam infrastruktur, hasil yang seterusnya akan membenarkan pelaburan kedua sebanyak AS$17 bilion, menurut pegawai.

“Ia merupakan pelaburan terbesar di Iraq oleh sebuah syarikat Barat,” kata Ismail. “Pelaksanaan projek berkenaan merupakan cabaran yang sedang kami hadapi sekarang.”

Kontrak yang dimeterai semalam dengan TotalEnergies merangkumi empat projek, kata sumber kementerian minyak Iraq sebelum majlis pemeteraian kontrak. Salah satu daripadanya bertujuan menyalurkan air laut dari Teluk ke selatan padang minyak Iraq. Air digunakan untuk mengeluarkan minyak dari deposit kawasan subteranean.

Satu lagi projek berhasrat menambah pengeluaran dari padang minyak Artawi berdekatan selatan pelabuhan Basra daripada 85,000 tong sehari (bpd) kepada 210,000 bpd. Projek ketiga akan melihat pembinaan sebuah kompleks untuk mengeksploitasi pengeluaran daripada padang gas dan projek keempat membabitkan pembinaan sebuah ladang solar di Artawi. – AFP

Menteri minyak Iraq, Ihsan Andul-Jabbar Ismail (kanan) dan ketua TotalEnergies Patrick Pouyanne (kiri) menandatangani kontrak untuk melabur dalam pengeluaran minyak, gas dan solar di Iraq, di depan Perdana Menteri Mustafa al-Kadhemi di Baghdad baru-baru ini. – AFP