Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tottenham tandatangani pertahanan Jepun

    LONDON, 8 JULAI – Tottenham menandatangani pemain antarabangsa Jepun, Kota Takai dari Kawasaki Frontale hari ini.

    Pertahanan tengah berusia 20 tahun itu menandatangani perjanjian lima tahun bersama juara Piala Europa itu dengan yuran perpindahan dilaporkan £5 juta menurut Sky Sports.

    Takai, yang bermain buat negaranya sebanyak lima kali, dinamakan sebagai pemain muda terbaik Jepun pada 2024 selepas tersenarai dalam pasukan utama Kawasaki dua tahun sebelum itu.

    Dia melakukan 81 penampilan dalam skuad utama dalam semua kejohanan buat kelab, meledak empat gol dan membantu mereka mara ke final Liga Juara-Juara Asia 2025.

    Takai berdepan halangan getir bagi mendapatkan tempat dalam skuad kendalian Thomas Frank yang sudah memiliki Micky van de Ven, Cristian Romero, Kevin Danso dan Radu Dragusin.

    Laporan bagaimanapun mengatakan pemain antarabangsa Argentina, Romero akan berhijrah ke Atletico Madrid. – AFP

    Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda