Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tottenham tumpaskan 10 pemain United

    MANCHESTER, 30 SEPT – Tottenham menambah tekanan terhadap kedudukan Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United dengan kemenangan dominan 3-0 di Old Trafford kelmarin.

    Spurs bermula cemerlang apabila Brennan Johnson menjaringkan gol dari hantaran Micky Van de Ven selepas larian derasnya menembusi pertahanan pada tiga minit permainan.

    Tottenham sepatutnya menambah pendahuluan mereka jauh sebelum kapten Bruno Fernandes dilayangkan kad merah pada minit ke-42.

    Dejan Kulusevski akhirnya menggandakan kelebihan pasukan pelawat dua minit memasuki babak kedua sebelum Dominic Solanke melengkapkan kemenangan 3-0.

    Kekalahan ketiga dalam enam perlawanan liga pertama United dalam kempen baharu itu menyebabkan Red Devils tersungkur di tempat ke-12.

    “Apa yang saya lihat dalam 30 minit pertama adalah di bawah paras yang kita boleh jangkakan daripada pasukan Manchester United,” tambah Ten Hag.

    “Pemain menjadi sangat tertekan selepas bolos begitu cepat dan mereka membuat keputusan yang buruk. Saya fikir kami akan menjadi lebih baik dan kami memerlukan sedikit masa,” kata Ten Hag.

    Tottenham tanpa kapten Son Heung-min yang cedera telah memenangi empat perlawanan dalam masa 12 hari dan boleh dikatakan menunjukkan prestasi terbaik mereka.

    “Luar biasa,” kata Postecoglou. “Saya fikir kami menunjukkan kepercayaan dan keyakinan yang sebenar.

    “Kami agresif dengan dan tanpa bola. Persembahan hebat sepanjang masa,” tambahnya. – AFP

    Bruno Fernandes berjalan keluar padang selepas menerima kad merah semasa menentang Tottenham Hotspur di stadium Old Trafford, Manchester kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda