Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toulouse rangkul perlawanan 16 terakhir

    PARIS, 23 JAN – Pemain pertahanan Perancis, Melvyn Jaminet merembat 15 mata ketika Toulouse merangkul perlawanan pusingan 16 terakhir di tempat sendiri dalam Piala Juara-Juara dengan kemenangan 20-16 ke atas Munster, kelmarin.

    Pemenang rekod lima kali itu hanya memerlukan satu mata bonus dalam pertemuan semula final 2008 untuk memastikan kelebihan dengan pusingan seterusnya dimainkan pada awal April, apabila mereka bakal menentang Afrika Selatan, The Bulls.

    Ireland boleh melakar perlawanan di tempat sendiri dengan kemenangan mata bonus menentang pendahulu 14 teratas.

    Sembilan daripada 11 pemain Toulouse yang dinamakan dalam skuad Perancis untuk Six Nations merupakan sebahagian daripada perlawanan hari ke-23 dengan Les Bleus memulakan perlawanan mempertahankan gelaran mereka di Itali pada 5 Februari.

    Pemain fly-half, Joey Carbery bermain untuk pasukan pelawat selepas diketepikan daripada skuad Six Nations, Ireland, manakala Jack Crowley, yang dipilih untuk skuad kebangsaan, bermain di bahagian tengah.

    Pasukan tuan rumah memulakan permainan dengan fizikal dan mendahului 8-0 selepas 10 minit ketika Jaminet, salah seorang daripada ‘11’ pemain Perancis, menyepak penalti dan pemain sayap Argentina, Juan Cruz Mallia membuat jaringan di sudut.

    Jaminet menambah penalti kedua sebelum Ireland membalas dengan penyerang John Hodnett melakukan hantaran dan Carbery melakukan rembatan ke arah gol untuk menjadikan kedudukan 11-8 pada rehat untuk Toulouse.

    Sementara itu, Carbery terlepas penukaran kedua. Munster mendahului 13-11 berbaki setengah jam tetapi masih perlu mengutip mata bonus dan menghalang tuan rumah daripada berbuat demikian, untuk merebut perlawanan peringkat 16 terakhir di tempat sendiri. – AFP

    Aksi Pita Ahki (kanan) dikawal oleh Mike Haley semasa perlawanan ragbi kumpulan B Piala Juara-Juara Eropah di Toulouse. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda