Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toure hadiri percubaan di China

    SHANGHAI, 17 Mei – Bekas pemain tengah Barcelona dan Manchester City, Yaya Toure telah mendarat di China bagi membuat percubaan dengan pasukan liga kedua, Qingdao Huanghai, umum kelab itu kepada AFP hari ini.

    Pemain berusia 36 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana pasukan sejak Disember selepas tiga bulan yang gagal di Greece bersama Olympiakos.

    Terdapat ura-ura bahawa bekas pemain antarabangsa Ivory Coast itu sudah bersara, tetapi dia menafikannya awal minggu ini dan berkata dia mahu terus bermain ‘selama beberapa tahun lagi’.

    Ia kelihatannya kerjaya terakhirnya mungkin hanya sesuatu yang santai di China, Qingdao, yang berada di kedudukan teratas Liga Satu China, dan bermain dengan warna Barcelona.

    Toure dilihat tiba di lapangan terbang bandar tersebut dan media British menyatakan bahawa dia diambang menyertai pasukan itu.

    Tetapi media rasmi Qingdao Huanghai memberitahu AFP bahawa laporan itu tidak benar.

    “Dia di sini bagi percubaan,” kata seorang jurucakap.

    “Pasukan kejurulatihan akan menilai keadaan fizikal dan kemampuannya sebelum memutuskan sama ada dia sesuai atau tidak untuk pasukan kami.”

    Toure, meluangkan lapan musim yang hebat bersama juara Liga Perdana, City, sebelum dilepaskan musim panas lepas, sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke China.

    Pada 2016, sementara masih di City, ejennya Dimitry Seluk memberitahu akhbar The Sun di Britain bahawa kliennya telah menolak satu perpindahan ke pasukan Liga Super China, Jiangsu Suning. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda